Friday, October 14, 2011

saya bukan lemah!

salam. tadi bukak fb tetiba terbaca satu post yang menarik from one of my friends. em,ramai sedia maklum(ayat macam rancangan edisi siasat), pompan,lady,wanita dan sewaktu dengannya tak dapat dipisahkan dengan air mata. em, short form nya wanita nih cengeng lah. alahai,panas je time wa taip ayat nih. namun, sebenanya.. wanita itu mengalirkan air matanya bukan lah semata2 sebab dia frust menonggeng putus kasih,wallet ilang, mekap abes, anak tudung ilang atau mana2 faktor yang mungkin tidak mustahil. tapi sebenarnya pompan bukanlah sebegitu(malam nih tetiba ayat gramatis terkeluar~seraaam~) .haaa,jeng jeng jeng. nak taw napa??
this is the answers:




MENARIK UNTUK LELAKI TAHU... NEVER MAKE WOMEN CRY... ^_^

Wahai Tuhan , mengapa wanita sering menangis ?

Jawabnya:

Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
Ku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
Ku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
Ku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
Ku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
Ku berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
Ku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi..
Wanita makhluk kuat,
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana Ku berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

“WANITA itu ISTIMEWA” ♥

No comments: